3 Sebab Penting Ibu Ayah & Guru Perlu Faham Proses Sensori dalam Otak Anak!
Pernahkah Ibu Ayah atau Guru tertanya-tanya soalan seperti:
- “Kenapa anak saya ini tak pandai-pandai?”
- “Saya dah buat macam-macam, tapi anak saya mengamuk je?”
- “Bila anak saya nak bercakap?”
Sebenarnya, apabila kita tidak memahami proses sensori yang berlaku dalam otak anak, persoalan-persoalan di atas sangat mudah timbul. Kefahaman tentang bagaimana sensori berfungsi adalah kunci untuk membuka potensi penuh anak-anak kita!
Mari kami kongsikan 3 Sebab Utama Mengapa Ibu Ayah dan Guru Perlu Faham Proses Sensori Anak-Anak Anda:
1. Sensori Input yang Masuk: Optimal & Tepat pada Saluran Kekuatan Anak
Ada 8 jenis sensori yang perlu dirangsang, dan setiap anak mungkin memiliki saluran (channel) yang berbeza untuk menerima input sensori secara optimum. Apabila Ibu Ayah dan Guru memberikan stimulasi sensori yang diperlukan dan menggunakan saluran kekuatan anak, proses rangsangan akan menjadi lebih mudah dan berkesan.
Contoh: Apabila sensori input diberikan mengikut keperluan optimum, ia akan membantu mengoptimumkan tahap rangsangan (Arousal Level) anak, seterusnya meningkatkan daya fokusmereka.
2. Sensori Input yang Ditafsir Selamat: Elak Trauma Emosi
Otak anak akan lebih mudah mentafsir input yang diterima sebagai selamat apabila stimulasi sensori diberikan dengan betul dan sesuai dengan keperluan mereka.
Namun, jika sensori input yang diberikan ditafsir sebagai tidak selamat — contohnya bagi anak yang mempunyai isu Tactile Defensive (sensitif terhadap sentuhan) atau Gravitational Insecurity (takut pada pergerakan atau ketinggian) — Ibu Ayah dan Guru perlu sangat berhati-hati. Pemberian input yang salah boleh menyebabkan trauma pada emosi anak. Oleh itu, penting untuk tahu input mana yang selamat dan bagaimana cara dedahkannya kepada anak secara berperingkat.
3. Input Itu Biasa Diberi: Pengalaman Membentuk Tafsiran
Untuk proses pentafsiran berlaku dengan mudah dalam otak, pengalaman merasai sensori input perlu berlaku secara berulang. Jika sesuatu pengalaman itu belum pernah berlaku, adalah biasa pada mulanya anak akan berasa tidak biasa atau tidak selesa.
Jadi, Ibu Ayah dan Guru perlu bersedia. Jika sesuatu sensori input itu baru bagi anak, biarkan anak merasainya dahulu. Dedahkan hanya untuk pengalaman, tanpa paksaan. Namun, jika anak kelihatan belum bersedia, dedahkan secara berkala dan dalam jumlah yang sedikit demi sedikit.
Mengapa Ini Penting untuk Masalah Anak?
- Anak Tidak Bercakap? – Apakah stimulasi sensori yang dia perlukan?
- Anak Tidak Fokus? – Apakah stimulasi sensori yang telah diberikan?
- Anak Mudah Tantrum? – Adakah stimulasi yang diberi dirasakan selamat atau tidak oleh anak?
Dengan memahami proses yang berlaku dalam otak anak, Ibu Ayah dan Guru akan lebih mudah memberikan stimulasi yang sesuai dan menggunakan teknik yang ‘mesra otak’ anak-anak kita. Mari belajar bersama untuk membantu anak mencapai potensi terbaik mereka!
Curriculum
- 3 Sections
- 3 Lessons
- 33 Weeks
- Pengenalan1
- Part 11
- Part 21
This course is amazing, it is extremely thorough and in depth! I am not finished with the course, but just the excel exercises alone are more than worth the price of the course! A must take course! Thank you!